PPM-036-10-23012014
SELANGOr

Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan

Anak Kesayanganku

Sekolah Rendah Islam Integrasi Yaqutul Fuad

logo

 

Pengenalan

SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI YAQUTUL FUAD merupakan sebuah kelas pengajian yang diasaskan untuk memberikan pendidikan formal kepada para pelajar di peringkat rendah (berusia di antara umur tujuh (07) sehingga dua belas (11) tahun.

Kewujudan SRIIYF merupakan hasil komitmen semua pihak terutamanya ibu bapa yang amat mengharapkan agar anak-anak mereka dapat menguasai ilmu-ilmu Al Quran dan Tajwid serta ilmu-ilmu fardu ain seperti tauhid, fekah, akhlak dan lain lain. Justeru itu pihak SRIIYF Yaqutul Fuad mengambil sepenuhnya Kurikulum Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan bagi dilaksanakan selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Agama.

SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI YAQUTUL FUAD menekankan kepada perkembangan fitrah semula jadi dan potensi para pelajar secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang. Penekanan ini dilaksanakan dengan mengambil kira proses mengembangkan potensi diri pelajar dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Dengan kaedah ini, Insya Allah para pelajar akan kenal dan cinta kepada Allah, kenal dan kasih kepada RasulNya serta diharapkan dapat menjadi para pelajar yang sepenuhnya berilmu dan berakhlak mulia, berkeupayaan menghayati nilai-nilai Islam ke arah menjadi muslim muttaqi yang mendapat keredhaan Allah SWT.

Di dalam sebarang usaha dan perlaksanaan, SRIIYF meletakkan prinsip-prinsip Ilmu berdasarkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai wadah untuk memperolehi kejayaan di dunia dan di akhirat. Hal ini sesuai dengan sepotong hadis yang bermaksud :

Barangsiapa yang berkehendakkan dunia hendaklah ia memiliki ilmu, barangsiapa yang berkehendakkan akhirat hendaklah ia memiliki ilmu dan barang siapa yang berkehendakkan kedua-duanya hendaklah ia memiliki ilmu.

IMG 20150119 164400IMG 20150119 164342IMG 20150119 164346IMG 20141129 102749

 

Matlamat Penubuhan

Penubuhan SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI YAQUTUL FUAD adalah atas sebab dan tujuan seperti berikut:

  • Bagi menyahut saranan kerajaan dalam usaha menyediakan pusat pengajian dan pendidikan Islam yang secukupnya.
  • Sebagai memenuhi permintaan khususnya daripada masyarakat setempat terhadap pendidikan Islam yang formal.

Objektif

  • Mengasuh dan memberikan didikan yang berterusan kepada pelajar-pelajar sesuai dengan kehendak syariat bagi melahirkan ulama-ulama yang berwibawa dan mampu memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara ke arah merealisasikan kehendak Agama yang sebenar.
  • Mendedahkan diri pelajar tentang betapa pentingnya penguasaan ilmu-ilmu yang bersumberkan Al Quran dan Sunnah seterusnya menghayati ajarannya sebagai cara hidup.
  • Membina syaksiah pelajar agama yang berketerampilan, berwawasan serta bermotivasi dalam melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan agama, penguasaan bahasa arab dan berakhlak mulia.
  • Mendorong para pelajar supaya tolong menolong, berkasih sayang dan bertimbang rasa dalam menjalani kehidupan bermasyarakat mengikut peradaban yang telah ditentukan dan digariskan oleh syariat Islam.
  • Menyediakan persekitaran pembelajaran yang relevan dengan kehendak pendidikan masa kini melalui kemudahan tempat belajar, peralatan teknologi pembelajaran yang terkini.
  • Membina hubungan mesra dan saling bekerjasama diantara pihak sekolah dengan ibubapa dan masyarakat dalam usaha mendidik dan mengasuh para pelajar.

 

Maklumat Lanjut

 

Alamat Sekolah:

Sekolah Rendah Islam Integrasi Yaqutul Fuad
No 33 & 35, Jalan Adenium 2G/5,
Pusat Perniagaan Adenium,
Seksyen BB5,
48300, Bukit Beruntung

 

Hubungi Kami

 

Pn. Nurul Baiti 0192399313
Pn Noorul Hidayah 0136364956

 

Email

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Galeri

Suasana Sekolah

Aktiviti Sekolah