PPM-036-10-23012014
SELANGOr

Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan

Anak Kesayanganku

  1. 0
  2. 1
  3. 2

Rumah Anak Kesayanganku

Pengenalan

Rumah Anak Kesayanganku (RAK) dimulakan pada 5hb Januari 2007 bersempena dengan Awal Muharam, dan berdaftar dgn ROS  ( PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA ) pada 23hb Jamuari 2014 .RAK merupakan sebuah rumah kebajikan yang menempatkan seramai 100 orang anak-anak yatim dan fakir miskin, ibu tunggal, muallaf dan golongan yang layak menerima zakat.

RAK berpegang kepada motto : Nikmat Untuk Berkhidmat. Kekayaan untuk di agih–agihkan, kesenangan dan kebahagiaan adalah untuk dikongsikan sesama insan.

 

Justifikasi

Sejarah telah membuktikan di mana Rasululah SAW sendiri dikenali sebagai anak yatim. Malahan kebanyakan orang-orang Allah seperti Rasul-rasul dan Nabi-nabi sejak kecil lagi dipisahkan dari ibu dan ayahnya. Ini adalah kerana orang yang dibesarkan oleh ibu dan ayahnya selalunya bersandar semata-mata dengan ibu dan ayah menyebabkan dia terlupa untuk bersandar dengan Tuhan. Oleh kerana itulah maka orang Tuhan telah Tuhan pisahkan daripada ibu dan ayah supaya dia kuat bersandar dengan Tuhan. Kalaupun ibu dan ayahnya tidak mati sepertimana Nabi Yusuf tetapi dia tetap terpisah dari ibu dan ayahnya selama 40 tahun. Malahan para Imam seperti Imam Syafie dan Imam Ghazali juga telah terpisah dari ibu dan ayahnya semenjak kecil. Oleh itu, menjadi anak yatim bukan satu penghinaan tetapi Tuhan hendak muliakan.

IMG 20150115 WA0008IMG 20150115 WA0009IMG 20150115 WA0015IMG 20150119 164351

Mengapa RAK ditubuhkan

Terpanggilnya pengasas RAK untuk membuka sebuah Pusat Kebajikan bagi anak-anak dan remaja ini adalah kerana latar belakang beliau sendiri yang telah kematian ayah semenjak berumur 8 tahun. Oleh kerana beliau amat merasakan keperitan hidup sebagai seorang anak yatim maka naluri hatinya sangat kuat untuk meberi sokongan dan membela anak-anak ini dengan apa yang terdaya dan termampu.

 

Mengapa nama RAK dipilih

Rumah : Lambang tempat perlindungan dan mendapatkan kasih sayang.

Anak Kesayangan : Anak-anak yatim dan fakir miskin serta anak-anak yang layak menerima zakat adalah anak-anak kesayangan Allah dan Rasul. Maka sesiapa yang mengasihi dan membela mereka mendapat ganjaran besar di sisi Allah dan Rasul. Mereka harus dianggap sebagai anak angkat yang diberikan kasih sayang dan pembelaan. Ini berdasarkan sebuah kisah di zaman Rasulullah SAW yang mana ketika baginda dalam perjalanan hendak menunaikan solat AidilFitri, ternampak baginda seorang kanak-kanak yang sedang menangis teresak-esak dan tidak gembira seperti kanak-kanak yang lain. Rupanya bila ditanya oleh oleh Rasulullah SAW, kanak-kanak itu sudah tiada ayah kerana syahid di medan juang. Akhirnya kanak-kanak bertuah ini diambil oleh Rasulullah SAW sebagai anak angkatnya. Begitulah sekali anak-anak yatim ini diambil berat dan perhatian oleh Rasulullah SAW.

Ku : Kami ingin mengajak setiap orang merasakan bahawa anak-anak yatim ini merupakan tangungjawab bersama sebagai amanah yang harus dipikul bagi memastikan golongan ini terbela dunianya dan Akhiratnya.

Visi & Misi

  • Kami melihat generasi anak yatim adalah suatu golongan yang sebenarnya amat berpotensi untuk dibentuk menjadi asset yang tidak ternilai kepada Negara. Mereka ini jika digilap potensinya akan berpeluang menjadi pemimpin-pemimpin dimasa hadapan.
  • Di dalam program harian dan aktiviti anak-anak ini, ilmu-ilmu membangunkan jiwa dan insane ini sangat ditekankan. Bahkan mereka turut dilatih kea rah menjadi orang yang sangat peka membimbing kawan-kawan senasib sehinga boleh menjadi pakar motivasi dan kaunseling yang sangat diperlukan bagi membimbing para remaja.
  • Melalui RAK, kami mengharapkan setiap usaha dan kerja amal ini semakin menjadi budaya masyarakat Malaysia yang terkenal dengan keprihatinannya.

 

Pendidikan di RAK

  Aktiviti Harian

Kelas Pengajian dan Bimbingan Agama:
 Kelas Tuisyen Akademik:
  • Kelas Hafazan Al-Quran
  • Kelas Pengajian Ilmu Wahyu – Feqh, B Arab, Tafsir, Hadis, Sirah, Aqidah, Tasawuf, Khat
  • Kelas Praktikal Tajwid Dan Ilmu Al-Quran
  • Matematik, Sains, Sejarah
  • Bahasa Malaysia
  • Bahasa Mandarin
  • Bahasa English

 

  Aktiviti Mingguan

  • Latihan Teori Dan Amali Keusahawanan
  • Kelab Bahasa Arab
  • Kelab Perbahasan Ilmiah
  • Latihan Syarahan Dan Motivator
  • Kelab Kemahiran Puteri (Kelas Masakan/ Jahitan/Kraftangan)
  • Kelab Kemahiran Putera (Kelas Komputer/Latihan Pertukangan, Penternakan)
  • Praktikal Solat Dan Fardhu Ain

 

  Guru-guru yang mengendalikan pendidikan di RAK

GURU UTAMA
  1. En Mustafa bin Othman (BA Syariah Baghdad Iraq)
  2. En Malik Raswan bin Mohd Razaly (BA Syariah Mu'tah Jordan)
  3. Pn Nurul Baiti binti Sahrin (BA Ilmu wahyu UIA Malaysia)
  4. Pn Norhayati bt Ahmad Salim (Business Admin UITM Malaysia)
  5. Pn Norol Hidayah binti Ahmad (BA Syariah Amman Jordan)
PEMBANTU GURU UTAMA
  1. Siti Fatimah binti Marhasman
  2. Muhammad Al Fateh bin Abdul Rahim
  3. Siti Aisyah binti Abdul Rahim
  4. Mariatul Qibtiah binti Najri
  5. Muhammad Syafiq bin Sahrin

Galeri RAK