PPM-036-10-23012014
SELANGOr

Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan

Anak Kesayanganku

Latihan Kemahiran RAK

Muqaddimah

Kami berpegang kepada dasar pendidikan bahawa sistem pendidikan yang terbaik adalah gabungan di antara pengajian dan kemahiran. Seorang pelajar yang mithali harus bukan sahaja dapat menguasai bidang akademik tetapi harus juga berjaya di bidang kemahiran yang akan menjadikan dia satu peribadi yang mampu berhadapan dengan segala cabaran kehidupan di masa hadapan.

Justifikasi

Program Latihan Kemahiran ini diwujudkan adalah bagi menyahut seruan Baginda Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa 9/10 rezeki itu adalah dari perniagaan. Ia juga selaras dengan sunnah Rasulullah SAW yang sedari kecilnya telah berdagang hingga ke negeri Syam. Situasi Baginda ketika itu selaku anak yatim piatu yang berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburi oleh Baginda akan memberi inspirasi dan semangat kepada anak-anak yatim di bawah naungan Rumah Anak Kesayanganku bahawa golongan seperti mereka mempunyai peluang besar dalam mencontohi dan menelusuri kehidupan Rasulullah SAW.

Matlamat Latihan

Latihan kemahiran ini bermatlamat tinggi bagi :
1- Menambahkan kemahiran dan aktiviti tambahan bagi golongan anak yatim dan ibu tunggal
2- Mewujudkan peluang pekerjaan dan idea bagi golongan ini menampuang kehidupan mereka di masa hadapan .
3- Membiasakan golongan ini dengan persekitaran perniagaan yang mencabar yang akan memberikan mereka daya saing di hari muka kelak
4- Mencipta punca pendapatan tambahan yang akan dapat menjadi sumber bagi Rumah Anak Kesayanganku.
5- Memberi peluang bagi golongan ini untuk berdikari dan tidak sekadar mengharap bantuan dan sumbangan semata.


Bagi tujuan tersebut maka pihak pengurusan telah berusaha mewujudkan beberapa projek ekonomi yang dikenal pasti mampu memberi kemahiran dan pengalaman kepada anak-anak ini. Walaupun begitu, pusat-pusat latihan ini masih terlalu serba kekurangan dan amat memerlukan sumbangan dan tajaan bagi memberikan khidmat latihan yang sempurna untuk anak-anak ini.

 
Pusat Latihan Anak Kesayanganku
Bakeri Anak Kesayanganku
Busana Anak Kesayanganku