Pengenalan
Rumah Anak Kesayanganku (RAK) dimulakan pada 5hb Januari 2007 bersempena dengan Awal Muharam. RAK merupakan sebuah rumah kebajikan yang menempatkan seramai 150 orang anak-anak yatim dan fakir miskin, ibu tunggal, muallaf dan golongan yang layak menerima zakat.
RAK berpegang kepada motto : Nikmat Untuk Berkhidmat. Kekayaan untuk di agih–agihkan, kesenangan dan kebahagiaan adalah untuk dikongsikan sesama insan.
Justifikasi
Sejarah telah membuktikan di mana Rasululah SAW sendiri dikenali sebagai anak yatim. Malahan kebanyakan orang Tuhan seperti Rasul-rasul dan Nabi-nabi sejak kecil lagi dipisahkan dari ibu dan ayahnya. Ini adalah kerana orang yang dibesarkan oleh ibu dan ayahnya selalunya bersandar semata-mata dengan ibu dan ayah menyebabkan dia terlupa untuk bersandar dengan Tuhan. Oleh kerana itulah maka orang Tuhan telah Tuhan pisahkan daripada ibu dan ayah supaya dia kuat bersandar dengan Tuhan. Kalaupun ibu dan ayahnya tidak mati sepertimana Nabi Yusuf tetapi dia tetap terpisah dari ibu dan ayahnya selama 40 tahun. Malahan para Imam seperti Imam Syafie dan Imam Ghazali juga telah terpisah dari ibu dan ayahnya semenjak kecil. Oleh itu, menjadi anak yatim bukan satu penghinaan tetapi Tuhan hendak muliakan.